
Serba sedikit tentang Erectus
Erectus ditubuhkan sekitar tahun 2005 menggunakan nama Trible Hook. Dengan bertunjangkan genre Rock Ballad (?) , dan telah bertukar namanya kepada Erectus pada Battle of the band anjuran Rexona pada tahun yang sama. Dengan bertukarnya nama kepada Erectus, kami pun mula bertukar genre juga iaitu mempertaruhkan irama Death Metal. Line up asal Erectus ialah
- Rudy | Drum
- Alem | Gitar
- Imuk | Gitar
- Black | Vokal
Oleh kerana tiada komitmen daripada Black dan Imuk, aku dan Alem terpaksa struggle secara berdua, hinggalah pada masa Battle of the band anjuran Rexona, kami disertai oleh Rizal di posisi gitar, Alem ke posisi bass, aku sendiri still handle drum dan Adi di posisi vokal. Dan kehadiran Rizal telah mengajak sama Eectus bertukar ke genre yang lebih keras(Death metal) dengan berkiblatkan band band death metal tempatan yang lain pada ketika itu.
Apakah reaksi daripada band member yang lain bila Erectus bertukar genre
Semua setuju, dan dari situlah bermula idea gila gila seperti membuat custom made gitar! (ya band Erectus kalo setiap kali naik ke pentas pasti memukau crowd oleh kerana mereka menggunakan custom made gitar berbentuk mengerikan, berdarah dan total chaos punya design - ed) dan oleh sebab itulah, kalo kami setiap kali hadir dalam gig, benda yang menjadi tumpuan utama adalah gitar, dan muzik pula perkara nombor 2.
Maksud nama Erectus
Nama Erectus aku ilhamkan dari discovery Channel, iaitu bermaksud orang yang terawal pernah hidup dalam dunia.
Semasa persembahan/jamming/practice lagu apa yang sering anda bawakan, cover song/lagu sendiri?
Antara lagu yang sering kami bawakan ketika gig ialah lagu cover, tentang pemilihan lagu, kami semestinya memilih lagu yang bermelodi, tersusun bunyinya supaya kami boleh membawa crowd sama sama amik feel lagu tersebut. Antara lagu yang sering kami cover semasa gig ialah lagu lagu dari band Langsuyr, Samurai dan Cromok misalnya. Dan lagu lagu band lain yang dirasakan sesuai akan kami test bila ada sesi jamming.
Dalam banyak banyak event yang anda pernah masuk, yang mana paling happening setakat ini
Yang paling happening bagi kami ialah pada event Zoso Wars di dewan suarah Bintulu tahun 2006, dimana pada ketika itu crowd memang berhantu dan gila gila serbu ke atas stage dan headbang bersama \m/
Inspirasi Erectus untuk terus bermain
Inspirasi dah ada, semenjak kami mempunyai line up yang tetap dan komitmen dengan band tetap ada dari semua line up. Selepas gig TWMH2 (Tugau Warmetal Horde 2) di Mukah tempohari, menambahkan semangat nak me'metal'kan muzik. Insyallah, bila lagu kami sendiri dah siap, akan diperdengarkan di siri siri gig yang akan datang.
Antara event yang Erectus pernah sertai di dalam dan luar Bintulu
Untuk di Bintulu, kami pernah beraksi di New Age, Sg. Plan Bintulu, di dewan suarah Bintulu, Espalanade Bintulu dan baru baru ini di Plaza Hotel Bintulu dalam gig anjuran Titan Empire. Untuk persembahan di luar Bintulu pula, kami pernah menyertai Battle of the Band di tapak Pesta Kaul di Mukah dan yang paling ekstrim setakat ini di gig Tugau War Metal Horde 2 di Mukah.
Kenapa Tugau War Metal Horde (Mukah) paling ekstrim?
Sebab pada gig tersebut menghimpunkan 100% band yang totalnya berpaksikan irama metal. Crowd juga happening, takda pilih bulu dalam mendengar lagu lagu yang didendangkan, malah mereka akan headbang bersama dengan apa jua lagu yang dipersembahkan. Insyallah pada bulan 6 kelak kami akan beraksi sekali lagi disana dalam siri gig anjuran TWMH ( Brader Sirdi Suicide) di Oya!!
Erectus kini antara band yang masih berdiri dan bertahan dalam scene underground di Bintulu, Apa rahsianya
Rahsianya . . dalam kehidupan berkumpulan, jangan bawa 'kepala' sendiri, dengar juga apa apa cadangan yang diusulkan oleh band member yang lain, tak perlu ego bila kena tegur oleh band member bila berlaku kesilapan, dan yang penting halatuju band, dan irama yang diperjuangkan. Disiplin kena ada, kalau semua sama kepala, kalau ini semua tak ada, semua boleh hancur sekelip mata, tu lah yang banyak berlaku kepada band band sekarang.
Pendapat anda tentang scene underground/outsource element di Bintulu sekarang, adakah lebih meriah atau kurang dari segi sambutan daripada zaman dahulu (zaman pasca millenium)
Agak kurang, sebab organizer kurang berani nak organize gig/event. Tapi kami salute dengan pihak Titan Empire kerana berani menganjurkan siri siri gig di Bintulu, walaupun genre kami tak sama kiblatnya (sebab kami main metal), band band yang sama seperti Erectus hanya tinggal beberapa kerat sahaja di Bintulu.
Antara band berkompaskan metal 'mati' yang masih ada di Bintulu?
Sukar nak dijelaskan, band Busseg pun timbul tenggelam, cuba tanya dengan Adi Herman (tauke MUUV) , ada juga band projek seperti Metuk Ulau Projek yang diwujudkan untuk memeriahkan genre yang sama seperti kami. diharapkan ada lagi band yang muncul selepas ini, band band baru sekarang sememangnya berkualiti, cuma bezanya mereka memainkan genre yang lain.
Kekerapan band anda practice
Disebabkan semua line up kami dah berkeluarga, kami hanya akan practice bila ada jemputan untuk event, tapi kalau semua free, kami akan turun jamming bersama. Tiada masalah bagi kami sebab line up semuanya orang Bintulu, seorang saja yang berasal dari Mukah, tapi juga telah menetap di Bintulu.
Perancangan masa depan untuk Erectus, bikin album/ep, atau adakah berkemungkinan akan bereksperimentasi ke genre yang lain?
Kami masih dalam proses bikin lagu baru, kalo dah siap akan dirakam dan akan jadi single pertama kami, Kami takkan ubah genre kerana kami METAL SAMPAI MATI!!! hahaha , dan kami akan tambah beberapa lagi lagu selepas ianya siap, cuma tunggu masa yang sesuai sja untuk meriliskan.
Tentang lagu yang bakal disiapkan, siapa yang bertanggungjawab??serba sedikit tentang lagu tersebut
Seksyen lagu akan di handle oleh Alem, lirik pula di bawah tanggungan Adi. Segala arrangement muzik dibawah kelolaan Erectus. Liriknya lebih ke arah misteri, aku pun tak dapat hafal sangat sebab aku concentrate dalam bahagian dram.
Soalan Bonus, pendapat anda tentang Rashid Malim
Hahahaha!! dia orang lama dan permainan dram beliau sangat ok (Sid, apa cerita??-ed)
Final shoutout untuk pembaca Noise of Borneo
Kepada semua metallers bumi kenyalang, bersatulah kita mempertahankan genre yang memeningkan kepala orang tua ni, buktikan kita juga mampu bergerak jauh dalam scene bawah tanah. Dan paling penting, bersatu untuk muzik metal ... hail !!!!! \m/
fuh!!!!dapatla aku menghisap rokok dengan tenang lepas ni - korawk
akan datang, temuramah bersama Narratik!!
No comments:
Post a Comment