Sunday, August 21, 2011

Narratik | Awas kehadiran Semelai!!!!

Cuti gawai ini tahun aku habiskan masa di rumah awek aku di Mukah sana, jadi sementara tak ada tempat nak lepak dan jalan jalan di Mukah, lagipun awek aku busy memanjang je kat kedai. Terdetik rasa hati ingin berkenalan dengan orang/personel/band kat sana, sebab bagi aku scene metal di Mukah sekarang memang tengah up se up upnya! teringat pulak aku dengan band Narratik yang pada masa itu akan meriliskan single sulung mereka iaitu Sign OF Semelai. Dan dengan beberapa kali mesej di inbox facebook serta beberapa call handphone, akhirnya saudara Itzjeamns Mikail bersedia untuk ditemuramah (pada malam sebelum official release single mereka aku sempat bersama Narratik jamming di home studio milik saudara Idris Suicide, dan sempat juga makan mi rebus ada cencaluk kata brader Idris haha)





Serba sedikit tentang Narratik



Narratik ditubuhkan pada pertengahan 2009 iaitu pada era kebangkitan semula band band senior dari scene Unholy Triangle seperti Suicide, Worship, Immolate, Unholy Sins, Varlet dan beberapa lagi band yang terunggul dari daerah sana. 1st line up Narratik pada awal kemunculannya terdiri dari
  • Itzjeamns Mikail | Gitar
  • Lord Dhauhzt | Bass
  • Jull Azazel| Drum
  • Julien Congquer | Vokal
Sebelum beraksi dalam gig sulung kami di Unholy Triangle Metal Onslaught pada tahun 2010, Narratik terpaksa melepaskan Julien Congquer untuk pergi melanjutkan pelajaran beliau, Jadi perubahan line up berlaku...
  • Itzjeamns Mikail | Gitar, vokal
  • Lord Dhauhzt | Rythm
  • Enny Ko Ang | Bass
  • Jull Azazel | Drum
Dan pada tahun ketiga, iaitu pada awal tahun 2011, perubahan line up berlaku sekali lagi, kerana. Lord Dhauhzt mengundurkan diri beliau juga untuk melanjutkan pelajaran, dan posisi beliau di bahagian rythm terus digalas oleh saudara Dellz, rentetan sejarah pun bermula . . .



Maksud Narratik



Narratik bermaksud badi atau kerasukan kalau mengikut loghat bahasa Melanau, dan kami menggunakan nama Narratik sempena dari judul lagu sebuah band yang seangkatan dengan kami iaitu Larrong. Dan Larrong juga merupakan band yang paling lama dan antara band pengasas pergerakan bawah tanah di kawasan Matu yang lebih dikenali sebagai scene Unholy Triangle.



Konsep muzik yang anda bawakan



Konsep muzik kami ialah melodic occult eastern black death!



Mengenai lagu berjudul Sign Of Semelai, apakah kisah disebalik lagu tersebut



Sign of Semelai adalah kisah legenda tentang roh/semangat hutan yang sering mengganggu ketenteraman orang yang masuk ke hutan untuk mencari rezeki pada zaman dahulu



Serba Sedikit mengenai proses rakaman Sign Of Semelai



Sign of Semelai merupakan antara lagu yang juga kami rakamkan bersama sama lagu yang lain, oleh kerana kesilapan teknikal di bahagian gitar, kami terpaksa merombak semula pengeluarannya. Oleh kerana kami tidak mahu melengahkan masa, kami terus mendapat bantuan daripada Max Sayuthi (Cryo Inferno) untuk re-tracking bahagian gitar, bass dan dram, manakala bahagian vokal dan solo gitar pula dirakam di home studio milik saudara Jarrot Butcherer di Sibu.



Antara material lain yang anda telah rakam sebelum ini



Lagu lain yang kami telah rakam untuk EP Sign of Semelai pada asalnya ialah
  • Something on mystery
  • Sang Pelakey
  • Jadah
  • Blasphemer in darkness
kami telah merakam lagu lagu tersebut di Studio TWMH di bawah kelolaan saudara Jarrot Butcherer, tetapi oleh kerana sound yang kurang memuaskan disebabkan kesilapan teknikal di bahagian gitar seperti yang saya ceritakan awal tadi , seluruh pengeluarannya terpaksa kami batalkan, dan kami riliskan single sahaja sementara kami merakam semula lagu lagu tersebut.



Siapa juga yang terlibat dalam pembikinan lagu, lirik dan susunan muzik Narratik



Kebanyakan susunan muzik dicipta oleh saya sendiri, dan juga dibantu oleh saudara Jull Azazel serta rakan rakan yang lain dalam band untuk mengatur susunan muziknya, bermakna kami semua terlibat dalam semua proses pembikinan lagu dari A-Z



Dari mana datangnya idea untuk bikin lagu



Idea untuk lirik, berinspirasikan daripada pengalaman saya sendiri, penceritaan orang orang tua yang lebih arif mengetahui benda benda mistik yang lama lama dan penulisan lirik kami cuba mengadaptasi daripada lirik lirik band band tempatan, kerana kebanyakan lagu kami dalam bahasa Melayu



Influence Narratik untuk terus berjuang dalam scene metal



Influence kami datang dari band band tempatan dan luar negara seperti As sahar, Langsuyr, Mistik, Dark Nirrajim,Impiety(old), Sil Khannaz, Shamanic Rites,Immortal, Burzum, Mayhem, Dimmu Borgir, Emperor, Satyricon dan tak lupa juga Betrayer!!. Rakan kami iaitu saudara Idris Suicide, Afzan dan Shamanic rites juga banyak membantu, memberi semangat kami untuk terus bergiat aktif dalam scene.



Perancangan masa depan Narratik



Selagi termampu dan berdaya untuk aktif dalam muzik metal, kami merancang akan mengeluarkan album penuh dan aktif menyertai apa apa showcase(semestinya metal) , dan akan mengetengahkan material kami ke seluruh pelusuk tanahair dan ke luar negara. Kami juga akan upgrade sound kami ke sound yang lebih killer selepas ini.



Kata kata terakhir daripada Narratik sebelum kita mengakhiri interview



Buat semua teman seperjuangan dalam dunia metal ini...kami NARRATIK rasukkan kalian dengan seruuuu HAIL BROTHERS OF METAL....RESPECT ALL.....SALUTE N HAIL!!buat yang terbaik untuk perjalanan metal kita.....



~Dari NOB~

Dan perjalanan yang infinity untuk band Narratik pun bermula, setelah aku mendengar single pertama mereka, aku dapat perspektif baru untuk mendengar rilisan daripada band band tempatan, ternyata teknologi rakaman sekarang lebih maju, dengan sound rakaman yang superb, memang killer!!! Band ini pada pandangan aku akan bikin satu sejarah pada suatu masa kelak..just we wait and see, hail Narratik and hail to the TWMH and Unholy Triangle scene !! walaupun aku tak berada di sana, tapi kehangatan aura scene di sana aku dapat rasakan di pedalaman Bintulu yang jauh ini, terima kasih Narratik..perghh..masa untuk menghisap rokok... Coming up next is Devourmy, band death metal dari Pontianak!!! NOB will go across the country ..hellyeah!!!!





oh ya, sebelum terlupa, anda boleh lawati laman Facebook Narratik, sila klik Sign OF Semelai



















1 comment:

  1. perghhh ini barulah in depth coverage tentang Narratik bro....interview yg sama taraf dgn wartawan Majalah Karisma hahaha

    ReplyDelete