Tuesday, September 13, 2011
Impiety | Siri bercakap dengan Shyaitan!!!
Salam metal untuk pembaca Noise Of Borneo!!!
11.09.2011 @911, tarikh yang bersejarah bagi aku dan seluruh warga metal wilayah Sarawak kerana pada tarikh tersebut, bandar Sibu dan scene Unholy Triangle telah dikejutkan dengan kedatangan gergasi metal Asia Tenggara iaitu the mighty Impiety!!! This is madness!!! Seperti De javu ianya berada di depan mata setelah 20 tahun menunggu. Ribuan terima kasih kepada organizer yang 'Kempang' atau berhati kering kata orang Sarawak iaitu Menjrex Nerto Production yang telah membawa gergasi ini masuk ke wilayah Unholy Triangle yang paling ekstrim di Sarawak, salutant to kepala perang Unholy Triangle iaitu brother TaxZudin!!! you rules bro!! Tak lupa juga kepada PR, crew, band dan rakan rakan sepermetalan keseluruhannya yang telah datang pada hari tersebut. Untuk Review penuh tentang ini showcase, bolehlah merujuk entri yang telah aku contribute di Metuk Ulau Underground Voice | 911, Detik kemusnahan Sibu
Selepas sahaja Sesi meet and greet with Impiety pada malam itu, kira kira jam 11pm, aku telah dipanggil oleh bro Seyrol Saktism untuk bersama naik ke bilik penginapan kepala perang Impiety iaitu bro Ariffin@Shyaitan untuk sesi interview bersama the beast himself!!
Semasa berjalan keluar dari ballroom menuju ke bilik penginapan mereka, dan sambil bercerita tentang lain lain hal selain dari band, aku dapat simpulkan, ketiga tiga gergasi perang ini memang cool dan suka merendah diri, walaupun mereka sebuah band antarabangsa! Drummer terbaru mereka iaitu Disaster memang seorang yang lucu dengan lawak jenis barbaric beserta pelat Australianya yang pekat, manakala gitaris terbaru Impiety iaitu Deimos seorang Itali yang sedikit pendiam tetapi mudah mesra, Ariffin pula seorang gergasi yang berketinggian 6 kaki 4 yang sungguh ganas tetapi amat peramah dan suka berseloroh haha!!!
Serba sedikit tentang pembikinan album ke-7 Worshipper of The Seventh Tyranny
Pembikinan album Worshipper of Seventh Tyranny telah mengambil masa saya selama dua minggu untuk melakukan proses rakaman, edit, mixing, fire mix serta mastering bertempat di studio Music City di Italy. Ini kerana Studionya agak jauh dari tempat tinggal saya di Italy pada masa itu, dan masa yang tight, so, kalau dibandingkan dengan Ambox Studio di Mexico, ianya lagi dekat dari rumah. Lagipun, produser di Ambox Studio di Mexico boleh bekerja tidak kira waktu berbanding dengan produser di Music City Studio di Italy yang bekerja hanya lapan jam sehari. Saya juga tidak mengambil masa yang lama untuk menulis lagu dalam album Worshipper Of Seventh Tyranny, itulah serba sedikit tentang ini album.
Unsur Doom Metal dalam album Worshipper of The Seventh Tyranny, apa ceritanya
Sebelum ini saya memang berniat untuk merilis album yang mengandungi ciri ciri atau elemen doom kerana saya daripada dulu iaitu semasa Inception band dulu, doom memang salah satu dari minat saya selain dari extreme black, speed, death, grind juga saya dengar, thrash, oleh kerana saya tidak mempunyai masa dan terlalu fokus kepada meningkatkan extremity Impiety pada masa tersebut. Saya terpaksa tinggalkan dulu niat saya. Jadi selepas album ke-6 iaitu Terroreign, barulah saya dapat peluang untuk merakam satu album yang saya ingin riliskan iaitu berkonsep doom
38.32 minit untuk satu album Worshipper of the seventh tyranny, adakah ianya dirakam sekaligus atau berperingkat peringkat, dan pernahkah Impiety membawa lagu dalam album worshipper dalam secara live
worshippers kita rakam dalam dua part, bukan satu part kena itu suatu yang impossible, dua part juga satu achievement kerana nak rakam 18 minit memerlukan lebih stamina daripada pemain dram berbanding dengan bermain gitar, ya, kami pernah mainkan 3 kali worshippers secara live didalam set selama 2 jam beserta dengan setlist yang lain.
Selepas album Worshippers, Impiety juga ada mini album iaitu Advent of the nuclear baphomet, apa ceritanya
Advent of Nuclear Baphomet dirakam pada awal 2011, ianya mengandungi tiga lagu dan ia kembali laju, dan mempunyai ciri ciri dari demo Impiety, saya kembali kepada akar akar Impiety iaitu muzik yang lebih raw
Tadi saya melihat 3 orang sahaja line up dalam show Impiety sebentar tadi, mana yang seorang lagi?
Oh ya, Selepas Asian Worshippers Tour, pada Februari 2011, Eskhaton terpaksa menguruskan bisnes keluarga nya, jadi dia tiada peluang lagi untuk bersama Impiety kerana keluarganya memerlukan dia sepenuh masa untuk mengendalikan bisnes. Lagipun Impiety memang sebuah band yang sering tour, kalau kamu lihat sendiri jadual Impiety, schedulenya memang tight, busy dan selalu aktif.
Jadi, tiada masa rehat untuk 20 tahun?
Ya, memang tidak pernah berhenti selama 22 tahun, makin lama makin ganas dan itu adalah konsep saya haha (sambil ketawa)
Pencapaian terbaik bagi impiety selama 22 tahun
Pencapaian yang terbaik dan the best time untuk impiety ialah pada era Paramount Evil, kerana permainan dan tour tour yang dilakukan memang super tight, walaupun bukan dari segi lagu tapi dari spirit band iaitu pada masa itu saya bersama 3 orang Mexico, kombinasinya yang sangat ganas dan memberikan kepuasan kepada Impiety, tapi bukan bermaksud line up sekarang tidak seimbang, cuma line up sekarang masih baru dan kami perlu bekerja keras dan saya juga berpuas hati dengan pencapaian line up yang terbaru ini.
Bercerita sedikit tentang drummer terbaru Impiety iaitu Disaster
Umurnya 32 tahun, daripada Perth, Australia, ianya banyak menyenangkan saya kerana jarak Perth ke Singapura hanya 4 jam sahaja. Ceritanya begini, saya sebenarnya tidak mencari drummer tapi pada suatu hari saya telah mendapat emel daripada Disaster mengatakan" Hey Shyaitan, kenapa kamu perlu cari drummer jauh jauh, saya hanya 4 jam sahaja dari tempat kamu " katanya dia juga ingin bersama Impiety kerana dia telah lama mendengar album Impiety, merangkap fan Impiety, so, dia yang offer untuk menjadi drummer Impiety.
Bermakna Impiety dah ketiadaan drummer pada masa tersebut?
Pada masa tu saya memang ada drummer, namanya Atum, tapi bagi saya, saya tidak berapa puas hati dengan permainannya kerana jika kamu selalu melihat persembahan Impiety, kami memang bersifat barbarian, dia memang bagus sebagai drummer tapi pukulan drumnya tidak berapa kuat. Permainannya memang bagus tapi tidak berapa agresif , jadi saya memang mencari seorang yang ada showmanship dan hard hitter
Berapa lama dah Disaster bersama Impiety
Dia baru saja berada di rumah saya, tinggal bersama saya selama 5 hari, berlatih 5 jam sehari, dan selepas itu kita berjumpa Deimos di Thailand, langsung saya tidak dapat beraya (kami tergelak bersama) dan terus melatih mereka berdua lantas melangsungkan Asian Abomination tour bersama mereka.
Bagaimana tentang show di Penang semalam
Show di Penang memang sukses dengan kehadiran 200 lebih penonton, tapi bukan bermakna crowd di Sarawak agak kurang, crowd disini pada hari ini lebih agresif dan lebih membunuh!
Pendapat anda tentang scene metal di Sarawak amnya
Pada saya, scene metal disini agak hebat, banyak band lama dan baru, seperti band Saktism yang baru baru ini telah menggegarkan pentas di Thailand, dan juga band yang turut sama beraksi pada hari ini seperti Larrong, Voltan, Immolate dan Shadow. Serta distro distro yang support perjalanan Impiety seperti EVP dan MUUV, saya memang takkan lupa juga Label seperti Menjrex Nerto Prod. yang aktif menganjurkan show show metal di area Sarawak. Saya berharap scene Unholy Triangle disini akan lebih berkembang dan saya juga akan cuba mencari peluang untuk tour bersama sama band dari Sarawak.
Thanx to Ariffin for the interview , good luck for the US/Canada Tour!!! hail to Mighty Impiety and all the worshippers!!!! yang di atas adalah apa yang sempat aku rakam menggunakan handycam, dan yang selebihnya akan ku simpan dalam kepala hingga kiamat haha, itu hanya aku sendiri yang tau ya! Akhir kata Kami dari pihak MUUV, EVP dan menJREX Nerto Production serta Metalhead Unholy Triangle mengucapkan Ribuan Terima kasih kepada Impiety kerana sudi menghancurkan stage di Sarawak dengan penuh rakus sehingga tiada apa yang tertinggal di Sibu tempohari!! Horns Up!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Damn!!! Sesi Interview yang betul2 teliti dan informatif...betul2 memandang dari sudut dan perspektif seorang metalhead! hahaha syabas bro!! u have done a great job!!!
ReplyDeleteYeah, berjaya juga saya mendapatkan interview bersama Shyaitan Kommand himself!! tetapi saya memohon ribuan kemaafan sebab setiap soalan yang saya ajukan lebih berdasarkan album Worshipper of the seventh tyrannya, sebabnya saya memang betul betul respect sama ini album, buat julung kalinya mereka Impiety bermain konsep muzik yang unik iaitu Doom Metal!!sebagai seorang yang berjiwa doom seperti saya, album ini termasuk dalam levelnya sediri tersendiri, jika di barat mereka ada Black Sabbath, Candlemass, Monolith, Khanate, sun O))) dll, kita di Asia benar benar berbangga, band gergasi yang biasa kita dengar memainkan irama Black/death dan bersempadan dengannya juga mampu memainkan muzik doom dengan originalitinya tersendiri (semestinya doom style Impiety)!!! Ternyata Impiety sebuah band yang versatile dan mampu keluar dari kepompong muzik metal yang serba laju, hail!! Impiety, the true metal warrior from our beloved Asia!!!
ReplyDeletesaya nampak kamu malam itu. haha. good job!
ReplyDeletehaha..iyakah??saya pun kurang perasan daaa beb..banyak wajah baru, sikit saja muka lama dari era Esplanade sibu tahun 90an, ada masa kelak lepak sama mun ada gig lagik di Sibu.thannx for rrrreading this blog, welcome to Noise of Borneo \m/
ReplyDeleteALL HAIL IMPIETY
ReplyDeleteyeah.. good interviu bro.. berpeluang bermain dan hadir sebagai crowd d kota kinabalu adalah satu perjalanan dan sejarah dalam hidup aku. tapi anda lagi hebat hadir sebagai crowd dan juga penulis serta dapat interviu iklusif dari impiety. hail to you bro.
ReplyDeletethanx bro, ini sahaja yang aku mampu lakukan untuk scene.. nak main muzik memang dah terlambat sebab tiada sesiapa yang minat nak main doom metal haha, jadi aku alirkan segala tentang scene kita melalui blogzine, anda lebih hebat sebab sudi membaca blogzine yang tak seberapanya ini, thanx again dan welcome to Noise of Borneo!!!
ReplyDelete